HLBR ada sebuah projek dari Brazil yang dimulakan pada
November 2005. Ia merupakan pecahan dari projek Hogwash
(oleh Jason Larsen pada 1996). Matlamat utama projek ini adalah
untuk
keselamatan rangkaian komputer.
HLBR adalah sebuah sistem pencegah pencerobohan SPP yang menyaring paket pada lapisan kedua model OSI (yang mana alamat IP tidak diperlukan). Pengesanan trafik hasad dan tidak normal adalah berasaskan arahan tandatangan dan pengguna boleh menambah arahan jika perlu. Sistem ini adalah cekap dan serba boleh, serta ia boleh digunakan sebagai jejambat (bridge) kepada komputer dan rangkaian umpan. Oleh kerana ia tidak menggunakan lapisan TCP/IP pada sistem pengendalian, sistem ini tidak boleh dicapai dan dikesan oleh penyerang melalui rangkaian.
Bermula dengan versi 1.0 yang diedarkan kepada umum sejak 5 Mac 2006, pengguna HLBR boleh menggunakan 'regular expression' untuk mengesan percubaan pencerobohan, virus, cecacing and 'phishing'. Sila klik di sini untuk melihat contoh penggunaannya dalam peraturan sistem. Sila klik di sini pula untuk membaca fail 'README' (dalam Bahasa Inggeris).
Keywords: HLBR Hogwash Light BR Hogwash IPS Intrusion Prevention System IDS Intrusion Detection System Snort Firewall Iptables Sistema de Firewall Segurança Rede Security Network Bridge enlace link Linux Honeypot Honeynet Ataques Shellcode Buffer overflow